Harga barang meningkat Penan

Kehidupan mereka seakan kembali zaman batu.Waktu malam terpaksa bergelap kerana tiada bahan bakar untuk menggerakkan generator.Ubat tidak dapat disimpan lama kerana peti sejuk tidak dapat berfungsi.

Ketua Kampung Long Lellang A, Amat Aran, 71 berkata bahan bakar, makanan, bahan binaan dan peralatan pertanian seperti gergaji rantai dan mesin pemotong semak-samun sukar didapati sejak sekatan jalan 2004.

Ketua Kampung Long Lellang B, Joseph Wan Raja, yang berketurunan Kelabit menyatakan penduduk hanya berpendapatan RM200 sebulan sedangkan kos hidup tinggi.

Kini 22 Oktober 2006, harga semua barang naik mendadak. Sebuah tong gas masak (14 kg) (yang boleh bertukar) dijual dengan harga RM180 berbanding RM25.62 di tempat lain. Selain itu, satu dram diesel, petrol atau kerosin boleh didapati dengan harga RM35 berbanding RM7.22 (diesel), RM8.74 (petrol) dan RM9.32 (kerosin). Harga barangan keperluan lain seperti gula (RM6 per kg), tepung (RM4 per kg) dan minyak masak (RM8 per kg).